Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

PERSIDANGAN ICT4U

image1
SEBERANG JAYA,7 NOVEMBER 2019 (KHAMIS) - Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi Kampus Kejuruteraan (PPKT) ulung kalinya telah mengadakan “Conference On ICT For University (Persidangan ICT4U) pada 5 – 6 November 2019 di The Light Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Persidangan ini bertujuan untuk menghimpun pakar-pakar pengamal ICT dari seluruh Malaysia bagi berkongsi pengalaman atau hasil solusi “Amalan Terbaik” mereka dalam pentadbiran ICT di peringkat universiti di Malaysia.

image2image3

Persidangan ini telah menghimpun penyertaan dari 36 agensi yang terdiri dari Universiti Awam, Universiti Swasta, Jabatan Kerajaan juga swasta bagi merenungkan isu-isu berkaitan Enterprise Architecture, Big data, IOT, Rangkaian Keselamatan ICT, Laman Sesawang, Aplikasi, Pangkalan Data, Telecommunication dan Campus Solution.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Yusminar Yunus bagi mewakili YBhg. Dato’ Dr. Suhazimah Dzazali, Government CIO. YBhg. Ucapan aluan bagi pihak YBrs. Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) diwakili oleh Profesor Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan, Pengarah Pusat Transformasi Insan, USM.

Turut hadir adalah Encik Mohd Isa Mohd Dom, Pengerusi MAPITA & CIO Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Encik Nasrudin Bin Abd. Shukor, CIO Universiti Malaysia Perlis, Encik Harun Maksom, CIO Universiti Malaysia Sarawak.

Bagi melihat kembali semua aktiviti semasa berlangsungnya Persidangan ICT4U, peserta boleh ke laman sesawang di Facebook, https://www.facebook.com/ICT4U.

 

Teks: Salina Abdul Samat
Foto:  Sheikh Md Roshahidi Bin Sheikh Daud
Harull Al-Rashid Bin Shahamin Faizal Kung
Mohd Amir Husaini Bin Abd Hamid