Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

PERJUMPAAN BERSAMA SAHABATPPKT-PELAJAR BAGI SIDANG AKADEMIK 2019/2020

image1
NIBONG TEBAL, 27 NOVEMBER 2019 (RABU) - Perjumpaan SahabatPPKT-Pelajar bagi Sidang Akademik 2019/2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan pada jam 9:00 pagi dan dihadiri oleh 12 orang SahabatPPKT-Pelajar mewakili MPP dan MPDJLU .

Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, Penyelaras PPKT mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kedatangan perwakilan pelajar kerana sudi mencuri masa bagi menghadiri perjumpaan ini walaupun sibuk dengan pelbagai aktiviti, tugasan dan kuliah. Perjumpaan ini diharap dapat merapatkan lagi jaringan kerjasama di antara pelajar dengan pihak pengurusan PPKT bagi saling membantu memperkasakan mutu perkhidmatan.

Melalui taklimat Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, pelbagai fungsi perkhidmatan juga masalah-masalah semasa PPKT telah dikongsikan dengan mendalam dan PPKT amat komited dalam menguruskan aduan-aduan juga permohonan-permohonan pelanggannya.

Group WhatsApp juga telah diwujudkan bagi membolehkan pelajar menerima maklum balas dengan pantas berhubung sebarang isu yang timbul.

Pertemuan diakhiri dengan sesi soal jawab dan ramah mesra sambil menikmati jamuan ringan.


Teks: Salina Abdul Samat
Foto: Mashithah Md Hasim