Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MAJLIS PERJUMPAAN DENGAN PENGARAH PUSAT PENGETAHUAN, KOMUNIKASI DAN TEKNOLOGI (PPKT)

IMG 2217
NIBONG TEBAL, 5 OGOS 2020 (RABU) - Telah berlangsung Majlis Perjumpaan Dengan Pengarah Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi iaitu Puan Fa’izah Md Zain bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan PPKT Kampus Kejuruteraan (JKP). Majlis diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat PPKT Kampus Kejuruteraan.

Encik Mazlifendirizan Md Rejab, Penyelaras PPKT Kampus Kejuruteraan amat mengalu-alukan kedatangan Puan Faezah yang berkunjung buat kali pertama setelah beliau dilantik sebagai Pengarah PPKT. Turut dialu-alukan kehadiran Puan Jamilah Razak, Timbalan Pengarah Bahagian Pentadbiran & Sokongan Teknikal dan bolehlah diibaratkan bagai ‘sirih pulang ke gagang’. Penyelaras selanjutnya memberi taklimat ringkas mengenai struktur Pengurusan PPKT Kampus Kejuruteraan serta perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.

Majlis juga turut diserikan dengan pengkongsian dari Puan Fa’izah Md Zain, juga mengenai Pengurusan PPKT dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

Sebelum pulang, Puan Fa’izah Md Zain dibawa melawat di sekitar PPKT sambil beramah mesra dengan staf-staf yang terlibat. Diakhiri dengan jamuan ringan secara bungkus bagi mematuhi penjarakan sosial disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

IMG 2217IMG 2233IMG 2245IMG 2252IMG 2265

Semoga pertemuan ini bermanfaat kepada semua dan akan berterusan serta ikatan ukhwah sentiasa berpanjangan.

Teks: Puan Salina Abdul Samat
Foto: Encik Kamal Mohd Noordin