Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Jamuan Raya 2022

 IMG 20220527 WA0029

NIBONG TEBAL, 27 Mei 2022 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) dengan kerjasama Kelab PPKT telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan ‘Terkejut Raya’. Sambutan diadakan dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran staf PPKT dan ahli kelab dari PTJ yang lain. Majlis kali ini dikendalikan oleh Kelab PPKT dengan bantuan daripada pelajar praktikal.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Haji Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden Kelab PPKT iaitu Encik Mohamad Khairi Bin Osman dan disusuli dengan ucapan Penasihat Kelab PPKT, Encik Mazlifendirizan Md. Rejab.

IMG 20220527 WA0008 IMG 20220527 WA0009


Antara acara yang diadakan adalah penyampaian sumbangan Biro Kebajikan untuk kelahiran anak ke tiga Encik Sheikh Md Roshahidi Bin Sheikh Daud dan sumbangan kepada ahli kelab yang telah terkena virus covid iaitu seramai 10 orang. Selain itu, Biro Dakwah dan Kerohanian juga telah memberi cenderahati untuk staf yang bertadarus sepanjang bulan Ramadan.

Bagi menyemarakkan majlis, acara cabutan duit raya oleh ahli kelab sendiri dan permainan teka lagu raya telah diadakan. Suasana bertukar riuh-rendah apabila ahli kelab terkejut dengan hadiah yang diberikan kepada ‘King dan Queen Terkejut Raya’. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya.

Pelbagai juadah disediakan secara ‘pot luck’ oleh ahli kelab PPKT dan juga sumbangan daripada jabatan. Antara menu yang dihidangkan ialah nasi hujan panas, ayam masak merah,sate, mee kuah, lemang, rendang ayam, rendang kerang, yong tau foo,buah-buahan, ais kacang, kuih-muih, teh tarik dan air minuman sejuk. Terima kasih diucapkan pada semua yang menjayakan majlis sambutan pada kali ini.

IMG 20220527 WA0014 IMG 20220527 WA0024

IMG 20220527 WA0025 IMG 20220527 WA0027

 

Teks : Puan Shariza Sharuddin
Foto : Pn Mashitah Md Hasim