Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

ROBOCON 2022

image1
MINDEN, 5 JUNE 2022 (AHAD) – Pada tahun ini, buat pertama kalinya, Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kepada Pertandingan ROBOCON 2022. Pertandingan tersebut dijalankan di Kompleks Sukan Azman Hashim, USM. Pertandingan ini merupakan anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Universiti Sains Malaysia.

Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah dilantik sebagai urusetia untuk membangunkan Sistem EZReg untuk pendaftaran pasukan. Selain itu, pihak PPKT juga diminta untuk menyediakan Laman Web untuk menyampaikan maklumat pertandingan, paparan siaran langsung pertandingan dan memaparkan keputusan terkini perlawanan. Pihak PPKT telah membuat persediaan bermula dari Januari 2022 sehingga tiba hari pertandingan.

Pertandingan dijalankan bermula dari 2 hingga 5 June 2022, pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari selama ia berlangsung. Sebanyak 24 pasukan dari pelbagai IPTA dan IPTS menyertai pertandingan pada kali ini.

Pusat Pengajian Elektrik dan Elektronik telah menghantar satu kumpulan yang dikenali sebagai The Apex Team USM dan telah berjaya meraih tempat ketiga serta diberi Anugerah Khas Kejuruteraan Terbaik. Tempat pertama dan kedua dimenangi oleh pasukan dari Universiti Teknologi Malaysia.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah dijalankan pada 5 June 2022. Hadiah telah disampaikan oleh Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr.Faisal Rafiq Mahamd Adikan kepada para pemenang.

image2
Paparan EZReg (Sistem Pendaftaran Pasukan)

image3
Gabungan Urusetia PPKEE dan PPKT

Teks : Puan Shariza Binti Sharuddin
Foto : Encik Mohd Kamal Bin Mohd Noordin