Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Perjumpaan Sahabat@PPKT (Staf) Kali Pertama 2022

 

image1

NIBONG TEBAL, 23 JUN 2022 (KHAMIS) - Satu perjumpaan bersama SahabatPPKT (Staf) telah diadakan pada 23 Jun 2022 (Khamis) di Bilik Mesyuarat Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan. Perjumpaan ini melibatkan staf dari PTJ yang telah dicalonkan oleh ketua jabatan dan dekan masing-masing sebagai SahabatPPKT.

Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab selaku Penyelaras PPKT mengalu-alukan kehadiran dan kerjasama dari semua SahabatPPKT yang hadir dan meluangkan masa bagi menghadiri majlis ini. Perjumpaan diteruskan dengan taklimat dari setiap ketua seksyen dengan maklumat dan info terkini yang berkaitan ICT di Kampus Kejuruteraan.

image2image3

Perjumpaan dan taklimat santai ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati sebagai penghargaan dari PPKT kepada SahabatPPKT (Staf).

Teks: Shariza Bt Shaari
Foto: Mashithah Md Hasim