Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

PPKT Kejuruteraan Menyertai Konvensyen KIK Peringkat USM

 KonvensyenKIK2022

NIBONG TEBAL, 5 JULAI 2022 – Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) , Peringkat Universiti Sains Malaysia (USM) telah diadakan secara atas talian. Konvensyen ini dianjurkan oleh Pusat Transformasi Insan (PTJ), Jabatan Pendaftar USM. Terdahulu, Pendaftar USM, Dato’ Dr. Musa Ali telah memberi ucapan pembukaan dan seterusnya merasmikan konvensyen kali ini.

KonvensyenKIK2022b

Konvensyen ini melibatkan semua kampus iaitu Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal, Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kelantan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam. Program ini bermula dengan penyertaan awal oleh semua kumpulan pada awal Mac 2022 dengan jumlah penyertaan sebanyak 13 pasukan disusuli dengan siri bimbingan KIK oleh pihak PTI seperti pengenalan KIK, penyediaan video serta slaid (buku projek) sehinggalah hari konvensyen pada 5 julai 2022.

KonvensyenKIK2022cKonvensyenKIK2022d        

Terdapat 2 kumpulan yang mewakili Kampus Kejuruteraan iaitu Pencetus Transformasi dan C-Near. Kumpulan Pencetus Transformasi terdiri daripada staf Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT), manakala kumpulan C-Near pula merupakan gabungan staf PPKT dan Perpustakaan (silang fungsi). Secara keseluruhannya sebanyak 7 kumpulan telah bertanding iaitu 4 kumpulan bagi kategori pengurusan manakala 3 kumpulan lagi adalah kategori teknikal.

Juri profesional bagi konvensyen kali ini didatangkan khas daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu Puan Kasturi Devi a/p Appanna dan Encik Ahmad Fathan Abdul Rahim.

Syabas dan tahniah kepada semua kumpulan yang telah mengambil bahagian dalam Konvensyen KIK USM 2022.

KonvensyenKIK2022e