Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Majlis Jamuan Hari Raya & Sambutan Hari Jadi 2024

poster jamuan raya 2024

3 Mei 2024 (Jumaat), Nibong Tebal -  Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Jadi staf yang lahir pada bulan Januari hingga Jun. Pelbagai acara dijalankan sepanjang majilis tersebut. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid disusuli dengan ucapan dari Presiden Kelab PPKT iaitu Encik Wan Ahmad Sarbini Bin Wan Mohd Ali. Seterusnya, majlis menjemput pula Penasihat Kelab PPKT, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab untuk memberi ucapan dan menyempurnakan perasmian majlis.

Antara acara yang dijalankan iaitu pemberian sumbangan kelab kepada staf yang melahirkan anak pertama iaitu Puan Fatin Syaheera Binti Mohd Shariff, staf yang baru sahaja kehilangan ibu tersayang iaitu Puan Halimaton Ekmar Binti Abdul Hadi dan staf yang masuk hospital baru-baru ini iaitu Encik Sheikh Md Roshahidi Bin
Sheikh Daud dan Puan Mashithah Binti Md Hasim. Majlis disusuli dengan pemberian hadiah dan acara memotong kek bagi staf yang menyambut hari jadi pada bulan Januari hingga bulan Jun. Acara lain yang diadakan adalah pemberian duit raya, roda raya serta King dan Queen Raya. Tahniah kepada pemenang King dan Queen Raya iaitu Encik Mohd Khairi Bin Osman dan Puan Hafsah Binti Mohd Sahar@Zahar.

Acara seterusnya iaitu mengambil gambar raya di photobooth yang disediakan oleh Kelab PPKT 24/25 yang bertemakan klasik. Majlis diakhiri dengan pelbagai juadah disediakan secara ‘pot luck’ oleh ahli kelab PPKT dan juga sumbangan daripada jabatan. Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis sambutan pada kali ini.

j raya24 1

Sambutan Hari Lahir Perempuan.

j raya24 2

Sambutan Hari Jadi Lelaki.

j raya24 ajk

AJK Kelab PPKT Kejuruteraan Bersama 4 Orang Pelajar Praktikal.

Teks Disediakan oleh:
Shariza Binti Shaari
Foto: Rahmat Bin Mat Nayan

MAJLIS MAKAN MALAM KELAB PPKT KEJURUTERAAN

kelabPPKT family1

KUBANG SEMANG, BUKIT MERTAJAM, 6 JAN 2024 (SABTU) - Majlis Makan Malam Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah diadakan di Hotel The Grand Mulia. Acara bermula pada jam 7.45 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pengantin cilik dan pengiring beserta paluan kompang sebagai simbolik pembukaan majlis yang bertemakan “Majlis Kenduri Kahwin”. Tetamu yang datang diberi hadiah bunga telur dan gula-gula persis majlis sebenar.

Selesai pengantin cilik naik ke pelaminan, bacaan doa oleh Tuan Haji Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid pun dimulakan diikuti dengan selawat yang dialunkan oleh Encik Shamsul Azman Bin Ahmad. Selesai berselawat, majlis menjemput Presiden Kelab PPKT, Encik Mohamad Khairi Bin Osman untuk memberikan ucapan. Seterusnya, majlis menjemput pula Penasihat Kelab PPKT, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab untuk memberi ucapan dan menyempurnakan perasmian majlis.

Antara permainan yang dijalankan pada malam tersebut adalah teka bilangan kacang, kupas dan potong telur dan pencarian barangan yang sering dibawa ke majlis kenduri. Hari lahir ahli kelab dari bulan Jun sehingga Disember turut diraikan dengan pemberian hadiah dan acara memotong kek. Acara lain yang diadakan adalah cabutan bertuah dan anugerah pakaian mengikut tema tercantik.

Encik Mazlifendirizan mengucapkan tahniah kepada Kelab PPKT kerana berjaya menganjurkan Majlis Makan Malam pada tahun ini. Program seperti ini dapat mengeratkan ikatan ukhuwah semua ahli keluarga di pelbagai peringkat umur. Beliau berharap aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang.

kelabPPKT ajk

Barisan Ahli Jawatakuasa Majlis Makan Malam Kelab PPKT Kejuruteraan 2022/2023

kelabPPKT besday

Sambutan hari lahir ahli kelab dari bulan Jun sehingga Disember

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN 2023

soalselidik23 pemenang

PPKT, 21 Disember 2023 - Tahniah dan terima kasih kepada pelanggan yang meluangkan masa untuk menjawab Soal Selidik Perkhidmatan Pelanggan, Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan samada dalam talian,walk-in di kaunter ServisDesk@PPKT atau semasa Hari Bersama Pelanggan di Perpustakaan pada 8 dan 9 November 2023. Seramai 510 responden telah memberikan respon dan cadangan penambahbaikan untuk perkhidmatan PPKT di masa hadapan.

Sebagai tanda terima kasih, kami menjemput responden yang bertuah untuk menerima cenderahati kecil dari PPKT. Salah seorang daripada 10 orang bertuah yang memberi maklum balas secara dalam talian ialah Encik Mohammad Salehuddin bin Abdul Hamid dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Kami berharap anugerah ini akan menggalakkan lebih ramai responden untuk mengambil bahagian dalam Soal Selidik Kepuasan Pelanggan PPKT akan datang.

SISTEM E-PILIH ONLINE 2023 - PEMILIHAN MPPUSM

epilih23 1

MINDEN, 28 NOVEMBER 2023 (SELASA) – Pemilihan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) Sidang 2023/2024 telah berjalan dengan lancar. Kaedah pemilihan diadakan secara atas talian sepenuhnya yang dibangunkan oleh Seksyen Aplikasi, Web dan Multimedia, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan. Sistem ini juga mendapat sokongan yang jitu daripada PPKT Kampus Induk dan Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA).

Sistem ePilih dibuka bermula pada 8.30 pagi sehingga 4.30 petang kepada semua pemilih yang layak untuk memilih. Sebanyak 16,433 pelajar didaftarkan sebagai pemilih untuk Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan. Pemilihan dikendalikan oleh jawatankuasa yang dilantik di kalangan pelajar.

Sebelum melaksanakan aktiviti pemilihan, pemilih boleh menyemak kelayakan pemilih dengan menggunakan Semakan Daftar Pemilih secara atas talian yang dibuka bermula jam 12 tengahari pada 22 November 2023. Semakan Daftar Pemilih memaparkan tarikh dan masa yang telah ditetapkan untuk memilih. Senarai calon bagi Konstituensi Umum dan Konstituensi Pusat Pengajian pemilih juga dipapar untuk pemilih melihat maklumat terperinci calon.

Setelah selesai pemilihan dijalankan, keputusan rasmi telah dapat diumumkan seawal jam 5.17 petang oleh Naib Canselor USM, Ybhg. Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed. Diharap semoga kelancaran dan kejayaan pemilihan pada kali ini akan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

epilih23 Iskandar

Jawatankuasa pelajar sedang menyemak sistem dan dipantau oleh Encik Ahmad Heidey Iskandar Bin Mohd Rayhan

epilih23 VC

Pengumuman rasmi keputusan oleh Naib Canselor USM, Ybhg. Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman Bin Mohamed.

 

Program Jaringan Khidmat Masyarakat PPKT di Mini Karnival Masjid Al-Irfan Permatang Pasir

i love masjid permatang pasir

Permatang Pasir, 10 Dis 2023 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah menyertai Mini Karnival Masjid Al-Irfan Permatang Pasir dengan mengadakan pameran berkaitan ICT bagi mendedahkan masyarakat kelililing dengan teknologi terkini berkaitan pencetak 3D, simulasi penerbangan dron, sistem akses pintu, kuiz ICT dan lain- lain.

Selain itu, aktiviti lain yang turut diadakan adalah penyampaian sumbangan komputer terpakai untuk kegunaan jemaah masjid dan bakal ditempatkan di makmal komputer yang telah dibina di perkarangan masjid tersebut.

Selain dari PPKT, agensi kerajaan yang terlibat ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan dan banyak lagi, Selain dari dapat menambah pengetahuan dan menangkap gambar di pameran berkaitan, pengunjung juga boleh menyertai pertandingan yang diadakan seperti pertandingan memasak, mewarna, memanah dan treasure hunt. gerai-gerai jualan juga turut menyertai mini karnival ini dan memeriahkan lagi suasana seharian di Masjid Al-Irfan. Program yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Dengan adanya program jaringan khidmat masyarakat seperti ini, kami dari pihak PPKT berharap dapat memberikan sumbangan dari segi ilmiah dan juga lahiriah kepada masyarakat setempat.

 

i love masjid permatang pasir 3

i love masjid permatang pasir 2