Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

HARI BERSAMA WEBMASTER

bersama webmaster
NIBONG TEBAL, 17 APRIL 2019 (RABU) – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Program Hari Bersama Webmaster. Program tersebut telah berjaya diadakan di Makmal Pengajaran, PPKT Kampus Kejuruteraan yang baru sahaja dilengkapkan dengan komputer baru dan terkini. Seramai 9 orang webmaster yang telah hadir dalam program tersebut.

Baca selanjutnya: HARI BERSAMA WEBMASTER

LAWATAN DELEGASI PPKT KE UMT

UMT1
KUALA TERENGGANU, 15 APRIL 2019 (ISNIN) - Pembuka tirai 2019, seramai 20 orang delegasi Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan yang diketuai oleh Encik Mazlifendirizan Md Rejab (Penyelaras) telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengurusan Teknologi Maklumat (PPTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Baca selanjutnya: LAWATAN DELEGASI PPKT KE UMT

HARI KELUARGA DAN MAJLIS MAKAN MALAM 2019

 

image1


TAIPING,9 MAC 2019 (SABTU) – Kelab Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT) telah menganjurkan program Hari Keluarga dan Majlis Makan Malam di Taiping, Perak untuk sesi 2018/2019.

Program dimulakan dengan Hari Keluarga yang diadakan di Dataran Kedamaian, Taman Tasik, Taiping. Aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada 12.00 tengahari. Aktiviti pertama adalah acara sukaneka merebut gula-gula untuk kanak-kanak bawah 6 tahun. Selepas itu diikuti dengan acara sukaneka yang diberi nama “Taji Ayam” untuk kategori lelaki dewasa, “Rantaian Kasih” untuk wanita dewasa, “Sambutlah Kasih” untuk pasangan dan “Merekacipta Pakaian Bertema Cowboy” menggunakan kertas surat khabar untuk acara keluarga. Hadiah kepada pemenang disampaikan di akhir acara.

Baca selanjutnya: HARI KELUARGA DAN MAJLIS MAKAN MALAM 2019

25 PESERTA IKUTI KURSUS MS WORD DAN MS EXCEL BAGI PROGRAM JARINGAN MASYARAKAT

Lepai1
MUKIM LEPAI, ALOR SETAR, 23 FEBRUARI 2019 (SABTU) – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan dengan kerjasama Dewan Ilmu, Masjid Nurul Huda, Lepai telah menganjurkan satu Kursus Komputer (MS Word dan MS Excel 2013) kepada pegawai-pegawai masjid yang berdekatan kariah tersebut. Kursus yang diadakan sehari suntuk pada 23 Februari 2019 itu mendapat sambutan yang menggalakkan bukan sahaja daripada pegawai-pegawai masjid tetapi juga daripada anak-anak kariah Masjid Nurul Huda sendiri.

Baca selanjutnya: 25 PESERTA IKUTI KURSUS MS WORD DAN MS EXCEL BAGI PROGRAM JARINGAN MASYARAKAT