Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Anugerah Rekod Kehadiran Cemerlang Dan Tiada Cuti Sakit 2020

Anugerah x mc
NIBONG TEBAL, 30 Mac 2021 - Satu majlis penyampaian Anugerah Rekod Kehadiran Cemerlang & Tiada Cuti Sakit 2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kejuruteraan mengikut SOP yang telah ditetapkan pada 30 Mac 2021. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah, Encik Mazlifendirizan bin Md Rejab.

 Tahniah diucapkan kepada 13 staf yang tidak mengambil cuti sakit iaitu Puan Junaidah Binti Jaapar, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab, Encik Mohamad Khairi Bin Osman, Encik Mohamed Amir Husaini Bin Abdul Hamid, Encik Mohammad Kamal Bin Mohammad Noordin, Encik Mohd Hamdan Bin Abd Ghani, Encik Mohd Jamil Bin Kasim, Encik Muhamad Azam Bin Md Tajudin, Puan Nurzalina Binti Nordin, Encik Rahmat Bin Mat Nayan, Puan Shariza Binti Shaari, Puan Shariza Binti Sharuddin dan Puan Suzana Binti Mahamud. Manakala Anugerah Rekod Kehadiran Cemerlang adalah Encik Muhamad Azam Md. Tajudin, Puan Shariza Sharuddin dan Puan Nurzalina Nordin.

Sekalung penghargaan kepada Ahli Jawatankuasa Budaya Kerja Cemerlang yang berjaya mengadakan mesyuarat setiap bulan bagi meneliti budaya kerja cemerlang setiap staf dengan bantuan Sistem Budaya Kerja Cemerlang. Semoga kecemerlangan PPKT akan berterusan dan anugerah yang diterima dapat menjadi pencetus semangat untuk terus cemerlang di masa hadapan.

 

Teks: Puan Shariza Binti Shaari