Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

Majlis Persaraan En. Rahmat Md Hassan - Juruteknik Komputer

RahmatMH
NIBONG TEBAL, 8 Disember 2021 (Rabu) – Pihak Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) telah mengadakan Majlis Persaraan Encik Rahmat bin Md Hassan pada 8 Disember 2021 bertempat di Dewan Puma.

Encik Rahmat merupakan Juruteknik Komputer, PPKT Kampus Kejuruteraan telah berkhidmat di USM selama 40 tahun 1 bulan 14 hari (1/4/1981 – 26/10/2021) dan merupakan seorang staf yang sangat cekap dan amanah. Beliau rajin membimbing staf-staf yang lain dan seorang yang ramah dan ceria. Beliau sentiasa melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh jabatan. Encik Rahmat merupakan seorang staf yang sangat aktif dalam pertubuhan Cuepacs.

Suasana sayu menyelubungi dewan apabila tayangan video kenangan sepanjang waktu perkhidmatan ditayangkan. sejurus mendengar beliau berucap buat kali terakhir. Sebagai tanda penghargaan, Encik Mazlifendirizan bin Md Rejab menyampaikan cenderahati dari PPKT, Kelab PPKT, sumbangan rakan-rakan sepejabat dan persendirian. Kami mengucapkan 'Selamat Bersara' dan merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa, dedikasi dan komitmen dalam melaksanakan amanah kerja yang diberikan sepanjang bertugas. Semoga dianugerahkan kesihatan, keselamatan, kebahagiaan dan kejayaan kepada Encik Rahmat bin Md Hassan.

Teks : Puan Jamaliah
Foto : Puan Mashithah