Skip to main content

Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi USM Kejuruteraan

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PPKT 2023

NIBONG TEBAL, 10 MEI 2023 (RABU) – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) dengan kerjasama Kelab PPKT telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis tersebut juga turut meraikan hari lahir semua staf untuk tahun 2023. Sambutan diadakan dengan begitu meriah sekali dengan kehadiran staf PPKT dan ahli kelab dari PTJ yang lain. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Salludin Mohd Salleh. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Presiden Kelab PPKT iaitu Encik Khairi Osman dan disusuli dengan ucapan Penasihat Kelab PPKT, Encik Mazlifendirizan Md. Rejab.


jamuanraya2jamuanraya3


Antara acara yang diadakan adalah penyampaian hadiah hari lahir untuk semua ahli kelab yang lahir pada bulan Januari hingga Mei dan majlis perpisahan untuk Encik Mohd Nazmi Khamaruddin. Bagi menghargai jasabaik Encik Mohd Nazmi Khamaruddin sepanjang tempoh berkhidmat di PPKT, yang akan bertukar ke Pusat Bahasa dan Terjemahan pada bulan Mei 2023.

jamuanraya4jamuanraya5


Bagi menyemarakkan majlis, permainan teka lagu raya, dan juga ‘King dan Queen Riuhnya Raya’ juga diadakan. Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya. Pelbagai juadah disediakan secara ‘pot luck’ oleh ahli kelab PPKT dan juga sumbangan daripada jabatan. Terima kasih diucapkan pada semua yang menjayakan majlis sambutan pada kali ini.

Teks: Puan Jamaliah
Foto: Puan Shariza Shaari