Program Jaringan Masyarakat
PERMATANG PASIR, 24 Ogos 2016 – Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi, Kampus Kejuruteraan telah melaksanakan satu program jaringan masyarakat bertempat di Makmal PADI@SKPP (Pusat Akses Digital ICT) pada 24 Ogos 2016 bermula jam 2.00 petang.
Kursus ICT “Pengenalan kepada Microsoft Excel 2013” yang dilaksanakan pada hari tersebut telah dihadiri oleh 20 orang ahli Kelab Komputer SK Permatang Pasir. Tenaga pengajar pada hari tersebut adalah Puan Shariza Bt Sharuddin. Beliau berpengalaman dalam mengajar kursus ICT kepada kakitangan USM melebihi 5 tahun. Kursus tersebut telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengenali dan menggunakan Microsoft Excel untuk membina jadual, mengubah ciri jadual mengikut kesesuaian pilihan, mengenali fungsi pengiraan asas yang terdapat dalam perisian tersebut dan banyak lagi.