Nibong Tebal, 21 November 2016 – Politeknik Ungku Omar (PUO) telah mengadakan Lawatan Ilmiah Amalan Hijau Dan Kitar Semula ke Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kejuruteraan, USM. Rombongan seramai 20 orang ini terdiri daripada barisan pensyarah di Jabatan Matematik, Sains & Komputer.
Timbalan Pengarah PPKT, Encik Mazlifendirizan Md Rejab mengalu-alukan hasrat PUO untuk saling berkongsi ilmu bagi mempertingkatkan usaha amalan hijau dan kitar semula di organisasi masing-masing. Pembentangan dimulakan dengan pengenalan kepada USM, Kampus Kejuruteraan dan PPKT sebagai penyedia perkhidmatan ICT. Seterusnya, beliau berkongsi iltizam dan komitmen USM dalam aspek kelestarian bermula seawal tahun 2000 sehinggalah ke hari ini. Antara program dan pencapaian USM yang telah dilaksanakan adalah pelancaran program Kampus Sejahtera, pengisytiharan USM sebagai Universiti Dalam Taman, perlantikan USM sebagai Pusat Kecemerlangan Wilayah bagi Pendidikan untuk Pembangunan Lestari, penawaran program akademik, penerbitan dan konsultansi berkaitan kelestarian melalui penubuhan Pusat Kajian Kelestarian Global, mewujudkan Polisi Kelestarian USM 2014, serta penekanan aspek kelestarian dalam perancangan strategik USM saban tahun.
Baca selanjutnya: LAWATAN POLITEKNIK UNGKU OMAR KE PPKT KAMPUS KEJURUTERAAN