Kemudahan pelajar diberi keutamaan
USM memandang serius kemudahan yang ditawarkan kepada pelajar terutama perkhidmatan rangkaian kerana ia merupakan faktor utama membentuk graduan yang bermutu serta berdaya saing. Hasil kajian soal selidik dari penghuni Desasiswa Utama mendapati perkhidmatan rangkaian di desasiswa utama yang hanya dibekalkan hubungan rangkaian tanpa wayar agak menyukarkan pelajar untuk menyiapkan tugasan serta membuat rujukan untuk subjek yang dipelajari. PPKT terpanggil untuk menyediakan rangkaian berwayar di setiap kediaman pelajar di Desasiswa Utama.