LAWATAN KERJA PPKT KAMPUS KESIHATAN
Nibong Tebal, 3 November 2016 – PPKT Kampus Kejuruteraan telah menerima kunjungan seramai 50 orang staf daripada PPKT Kampus Kesihatan diketuai oleh Timbalan Pengarah Encik Ahmad Fadhlul Irham bin Yusof.
Tujuan utama lawatan kerja ini diadakan bagi mengeratkan hubungan dan pengkongsian ilmu di antara 2 kampus. Tetamu dihidangkan dengan taklimat dan pengkongsian ilmu oleh Timbalan Pengarah, Encik Mazlifendirizan Bin Md Rejab. Tetamu juga dibawa untuk melawat ketiga-tiga seksyen yang ada di PPKT, Kampus Kejuruteraan iaitu Seksyen Aplikasi, Web & Multimedia(SAWM), Seksyen Infostruktur dan Seksyen Korporat serta melawat Makmal Pengajaran dan Makmal Multimedia.